''Salam kasih siapakah yang singgah mengusik di sanubari ini? "

Tuesday, 16 August 2022

Jadilah Wanita Yang Berjiwa Besar

 Assalamualaikum..

"Jadilah wanita yang berjiwa besar". Hari ni mimi nak memberi sedikit pandangan mengenai topik ni.. Mimi sangatlah suka dengan ayat ni.. Pada awalnya ia nampak biasa tapi apabila mimi belajar dan faham makna disebalik ayat ni.. Barulah mimi tahu yang wah.,besarnya pengorbanan wanita ni.. Menjadi seorang wanita ni bukan sesuatu yang mudah jika tidak ada ilmu agama sebagai panduan.

Wanita jugalah seorang anak, kakak, isteri dan ibu. Setiap title itu ada tanggungjawab yang perlu digalas sebaik-baiknya. Ada sesetengah wanita mereka hanya memegang beberapa title, contohnya title kakak dan isteri. Ada juga bertitle anak dan ibu. Dan ada juga mereka yang memegang semua title di atas. Semua title itu berubah seiring dengan masa dan takdir seseorang itu. Persoalannya di sini, adakah seorang wanita itu berjaya mendidik hatinya untuk redha dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab seiring dengan title itu?

Kenapa mimi bangkitkan persoalan yang sebegini? Seperti sedia maklum, wanita adalah makhluk yang sangat beremosi. Even apabila awning tudung tetiba tak menjadi pun boleh buat kita menangis teresak-esak.. Betul kan..? Inikan pula apabila kita memegang berbagai title, sudah pasti banyak ujian yang akan kita hadapi setiap hari. Menjadi seorang anak ada ujiannya dengan ibu bapa. Menjadi seorang kakak ada ujiannya dengan adik beradik. Menjadi seorang isteri ada ujiannya dengan suami. Menjadi seorang ibu ada ujiannya dengan anak-anak. Begitulah lumrah kehidupan di mana ujian itu senantiasa ada dan tak boleh dielak. Kita manusia hanya perlu mencari jalan cara yang terbaik untuk kita menghadapi ujian Allah SWT.

Sejujurnya, bukan wanita sahaja yang perlu berjiwa besar.. Setiap manusia itu kena berjiwa besar baru lah hidup tu akan tenang. Cumanya pada kali ini, mimi nak fokuskan kepada WANITA. Seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu memang sangat perlu berjiwa besar. Cuba untuk belajar redha dan ikhlas dengan takdir dan ujian yang Allah SWT tentukan. Cuba untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan tidak mengeluh. Ya tahu sakit..tahu sedih..tahu kecewa..tahu merintihnya hati tu....Ya Allah............tapi tolong lah, slowly belajar untuk menelan semua kepahitan itu dan ikhlas dengan ujian Allah SWT. Allah SWT tengah uji kamu, Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya. Dia uji sebab dia tahu kamu mampu untuk menghadapinya. Sedangkan kekasih Nya Nabi Muhammad SAW pun diuji, inikan pula kita yang tak berapa nak ingat dekat Allah ! Siapa kita sampai tak boleh Allah nak jentik??! Hebat sangat kah kita?? 

Apabila seorang wanita itu bergelar isteri, dirinya adalah milik suami. Keutamaannya adalah pada suami, bukan lagi pada ibu bapa wanita itu lagi. Tetapi ini tidak bermakna wanita itu memutuskan hubungan dengan ibu bapa atau meninggalkan ibu bapa tu terkontang-kanting. Tidakkk! Jadi di sini ibu bapa kepada wanita tersebut hendaklah berjiwa besar untuk menerima perubahan yang perlu anak perempuannya lakukan. Kerana ketika ini priority anaknya sudah berubah kepada suaminya. Selagi suaminya tidak memerintahkan sesuatu yang bercanggah dengan hukum agama dan tidak memudaratkan isterinya, maka wajib isteri itu untuk mentaati suaminya. Bukankah terdapat hadis yang berbunyi:



Hadis ni menunjukkan bahawa betapa daulat dan besarnya kedudukan seorang suami. Isteri tak boleh nak derhaka kepada suami sewenang-wenangya. Tetapi pada hari ini, ramai isteri yang derhaka. Menengking suami mereka di hadapan orang ramai, mengaibkan suami, dan macam-macam lagi. Ya ada masa kita tidak setuju dengan pandangan/keputusan/perbuatan suami. Yalah, kita masing-masing adalah orang asing yang di didik dengan didikan dari keluarga yang berbeza. Tetiba kita disatukan dan harus menjalani kehidupan dan membuat satu keputusan bersama. Bukankah itu sesuatu yang sangat berbeza dengan kebiasaan rutin kita sepanjang beberapa puluh tahun yang lepas? 

Manakan boleh nak blend masing-masing punya perangai dalam masa satu hari. Sebab itu mereka yang berkerja di bahagian perkahwinan dan penceraian ada mengatakan bahawa pasangan suami isteri tu harus memberi peluang kepada diri masing-masing untuk adapt dan blend dengan new norma at least for 5years. Dalam tempoh 5 tahun ni memang akan ada banyak cabaran dan ujiannya sebab kita baru nak kenal pasangan kita kan. Masa ni la kita baru tahu dia tidur macam mana, mandi macam mana, urusan kebersihan macam mana. Jadi ada benda yang kita boleh hadam dan terima. Tetapi ada juga masa kita tak suka dengan cara dia, dan bergitulah sebaliknya. Jadi 5 tahun adalah waktu untuk kita belajar untuk menerima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. 

Oleh sebab tu jugak ramai pasangan yang baru kahwin kita lihat pada hari ni sangat cepat bercerai. Kahwin tak sampai setahun dah cerai. Ini sebab masing-masing tidak berjiwa besar. Tidak ada kesabaran dan masing-masing memenangkan ego. Percayalah, kahwin lah dengan anak raja, artis atau siapa sahaja. Inilah realiti alam perkahwinan yang kena anda hadapi. Kunci kebahagian adalah satu sahaja, redha dan ikhlas la wahai suami isteri.. Sakit macam mana, sedih macam mana pun..sabar lah.. hidup di dunia hanya sementara sahaja, pegang satu je.. semua kesakitan, ketidakadilan yang kita rasa  tu berbaloi jika ganjaran itu adalah syurga. Bukankah syurga tu adalah sebesar-besar nikmat???? Jika syurga pun tak mampu membuat hati kita tenang dan terpujuk, maknanya kita ni something wrong la..Kita dah boleh agak la tahap keimanan kita setakat mana! Lagi satu jangan mudah sangat meluahkan perasaan kepada orang. Jangan di cerita hal dalam rumahtangga kepada orang. Mereka mampu untuk mendengar sahaja, tapi tak dapat menolong. Mereka akan judge kita dan sampaikan kepada orang lain. Lepas kita cerita dekat orang masalah kita tadi selesai ke?? Tak jugak! Habis kenapa nak cerita? Last-last kita sakit hati kalau orang bagi pandangan yang kita tak setuju. Sebaik-baik tempat meluahkan ialah kepada Allah. Dia yang menguji kamu, jadi kamu mengadu pada Dia.. Mintak tolong dekat Dia. Itu sebetulnya....

Isteri juga kena berjiwa besar bila Allah SWT uji dengan mendapat suami yang kurang baik. Kurang baik di sini luas maksudnya. Boleh jadi dari segi akhlaknya, kewangannya, tanggungjawab pada ibu bapanya. Hal ini kerana suami juga mempunyai tanggungjawab lain juga. Jika ditakdirkan mendapat suami yang kurang baik agamanya, ini cabaran terbesar bagi seorang isteri. Kerana isteri itu terdidik oleh suaminya. Jika suami gagal dalam hal agama, maka isteri dan anak-anak terpaksa berdiri sendiri dan seolah-olah berjalan di atas dunia ni 24 jam dalam keadaan mengagau. Sebab tu pentingnya kena pesan dekat anak-anak kita untuk cari lelaki yang baik agamanya sebagai suami. Jangan tersalah pilih, kelak merana. 

Jika nak bercerita pasal ujian tu sangat la luas dan takkan habis. Kerana hidup di dunia ini adalah ujian. Sebab tu lah kita kena belajar untuk redha dan ikhlas dengan takdir Allah. Sentiasa berlapang dada dan sangka baik kepada Allah. Allah nak bagi syurga nii.. kita cuma kena sabar je.. Doa adalah senjata kita..guna lah sebaik-baiknya..Mimi rasa cukup sampai sini lah untuk topik ini.. Jika nak dihurai sebenarnya panjang lagi..tapi turning point dia sama sahaja..panjang dan pusing la macam mana pun kuncinya hanya satu..belajarlah untuk berjiwa besar, berlapang dada, redha dan ikhlas menjalani ujian Allah SWT.. InsyaAllah semua kesusahan yang kita rasai apabila kita ikhlas menjalani ujian ni, Allah kurniakan syurga tanpa hisab dan tanpa di azab terlebih dahulu di akhirat kelak. Aaminn Allahumma Aaminnn..


Monday, 15 August 2022

Cara Ibu Bekerja Urus Rumahtangga

 Assalamualaikum..

Hari ni mimi akan share kepada korang macam mana mimi handle work dan pada masa yang sama uruskan hal-hal rumahtangga..

Pada pandangan mimi, ibu-ibu yang bekerja dan pada masa yang sama harus menguruskan tanggungjawab di rumah selepas balik dari kerja adalah seseorang yang sangat hebat!

Manakan tidaknya., sudah 8 - 9 jam penat memerah otak dan tenaga di pejabat.. belum kira lagi ada hari-hari yang kena marah dengan bos.. bertambah la penatnya pada hari tersebut.. Balik rumah kena punch card masuk shift work di rumah pula kan.. Lelah di pejabat pun tak sempat hilang dah nak kena sarung uniform kerja rumah pulak.. Hebatnya seorang WANITA!!! Dialah tukang masak, cleaner, cikgu, chef dan berbagai jawatan lagi..

Tugasan ini sangat mencabar ya ibu-ibu.. mudah untuk kita merancang tapi agak susah juga untuk kita buat secara konsisten jika diri tidak mempunyai DISIPLIN yang tinggi dan jika baru mahu memulakan perubahan. Oleh sebab itu, ibu-ibu kena gali ilmu, muhasabah diri, banyakkan dengar ceramah untuk kuatkan semangat kita setiap hari. Sebab semua ini akan menjadi rutin harian kita dan ya lah kita ini manusia yang ada waktunya naik dan juga turun malasnya. Jadi ibu-ibu kena pandai cari something yang boleh keep motivate diri untuk sentiasa bersemangat dan konsisten ya.

Macam mimi, jika mimi rasa low motivated mimi akan cepat-cepat bukak ceramah dari Ustazah Norhafizah Musa & Ustaz Wadi untuk bakar balik semangat tu.. Pada mimi, ceramah mereka sangat bagus dan dapat memujuk hati mimi ni.. Makin lama mimi belajar untuk redha, ikhlaskan diri dan sentiasa perbaiki diri.. Percayalah semua yang ibu-ibu lakukan itu adalah ibadah dan pahalanya sangat besar! Mimi bukanlah seorang muslimah yang warak. Waktu mimi banyak dihabiskan dengan bekerja di pejabat dan selesaikan kerja rumahtangga.Waktu untuk beribadah tak banyak, boleh dikatakan hanya lakukan yang fardhu sahaja setiap hari. Jadi untuk topup balik pahala, buatlah pekerjaan kita tu dengan ikhlas. Bila memasak, mencuci, mengemas rumah, jaga suami dan anak kita buat dengan ikhlas. Belajar untuk tidak merungut dan melihat semua itu sebagai beban.. Belajar untuk melihat semua itu sebagai lubuk pahala bagi kita yang bergelar wanita.

Ok cukup lah sampai situ sahaja..Sekarang mimi akan share kepada korang jadual harian mimi sebagai ibu bekerja. Semoga sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk ibu-ibu semua.







Jadual dekat atas tu memang rutin harian mimi. Ibu-ibu semua boleh buat rujukan untuk penambahbaikan sesuai dengan kemampuan diri masing-masing. Yang baik ibu-ibu ambil, yang kurang baik ibu-ibu improve lagi jadi yang terbaik ya..

Sejujurnya memang penat ye tambah-tambah masa weekday..Ya Allah penat hanya Allah je yang tahu.. Tapi bila dah biasakan diri InsyaAllah kita akan terbiasa... Dunia kan tempat untuk berpenat dan hanya sementara sahaja.. Di dunia pada hari ini mostly manusia hanya mampu hidup below 100 tahun.. Apalah sangat penat 100 tahun jika dibandingkan dengan tempoh masa kita di alam barzakh dan akhirat kelak kan.. Di barzakh kelak 1000 tahun dunia bersamaan 1 hari akhirat.. Subhanallah, tempoh masa yang sangat laaaaamaaaaaaa... Jadi gunalah waktu yang Allah pinjamkan di dunia ni sebaik-baiknya...

Mimi doakan semoga ibu-ibu diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan ikhlas agar Allah limpahkan ganjaran Syurga di akhirat kelak. Semoga setiap keringat dan lelah menjadi penghalang dari siksaaan Allah. Sama-sama lah kita kejar Syurga Firdaus Allah dan dapat masuk ke dalam syurga tanpa hisab dan diazab terlebih dulu. Aaminnn Allahumma Aaminn.