Mimi dah berjaya buat karipap ni selepas 2x percubaan. Percubaan pertama totally fail, buang terus doh tu.. rugi weii dah la buat 1 kg tepung.. itu la dah tahu beginner tahu angkuh nak buat banyak terus! aduhh kena setepek...Asbab kenapa fail bile dah siap jadi doh terus buat. Cannot ye..mesti tunggu beberapa jam.. Alhamdulillah percubaan kedua menjadi..dan outcome die sangat memuaskan hati..Cik somi puji kata sedap,mak sedara kata sedap, cuma mak sedara Mimi tu die suruh inti tu bagi lembik lagi..Yang part ni Mimi susah sikit. Sebab sesetengah orang die suka bile die ngap karipap, inti kentang tu masih berbiji-biji. erkk..korang paham tak? Kalau korang tak faham means korang ni bukan penggemar karipap..huahahaha...
Ok lah malas nak melalut banyak-banyak.. nah ini resepi die ok..
Bahan inti:-
- 6 biji kentang sederhana besar - dikupas dan di rebus separuh masak
- 4 sudu serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
- 1 tangkai daun kari
- 1/2 cawan ikan bilis - diblend
- 2 biji bawang besar - diblend
- 3 ulas bawang putih - diblend
Cara buat inti:-
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend sehingga hampir garing.
- Masukkan daun kari.
- Masukkan serbuk pes kari
- tumis sampai pecah minyak
- masukkan kentang
- masukkan sedikit air dan lenyekkan kentang sampai tahap korang suka.
- Masukkan garam,dan gula sampai kena dengan citarasa anda.
- Masak sampai air inti kering.
- Biarkan sejuk. Biasa Mimi akan masak inti sehari sebelum membuat karipap.
- Dah sejuk boleh start buat karipap.
Bahan:-
- Tepung gandum 500g
- minyak 1 cawan - dipanaskan sampai betul2 panas
- Marjerin - 2 sudu makan - dipanaskan sekali dengan minyak
- 1/2 sudu teh garam - dipanaskan dan dikacau bersama minyak (xlarut sikit-sikit tu kira halal la)
Cara- Cara buat doh:-
- Korang masukkan minyak dalam kuali dan panaskan sampai keluar gelembung-gelembung udara yang kecil comel. Tak tau macam mana nak tengok?? Haa kau tunggu la sampai kuali kau berasap.settle!
- Masukkan marjerin dan garam. Kacau.
- Tunggu 1 minit tutup api.
- Masukkan tepung ke dalam bekas. Mimi prefer bekas besi ok. Kalau nak jugak guna plastik, kalau bekas tu mencair I tak tolong ok.
- Masukkan minyak yg panas tadi ke dalam tepung.
- Guna senduk atau ape-ape je untuk sebatikan adunan. Kalau tangan kebal boleh gaul pakai tangan.
- Gaul sampai terhasilnya serbuk roti. Gaul sampai rata.
- Masukkan air sikit demi sedikit dan gaul lagi sampai la adunan tadi dah tek melekat di tangan kome dan jugak bekas.
- Selagi die melekat korang kena uli lagi.
- Bila dah tak melekat korang tumbuk-tumbuk sikit doh tu dengan buku lima korang, Mimi biasa suruh Cik somi sebab buku lima die besar..hehe
- Dah tumbuk dalam 5 min camtu korang kasi bulat-bulatkan macam bola ping pong.
- Dah siap semua doh tu dijadikan bola ping pong, korang kasi die rest dalam beberapa jam. Biasa Mimi buat doh ni pagi dalam pkul 10 camtu so lepas zohor boleh proceed buat karipap.
- Contoh doh yang dah jadi bola ping pong yang direhatkan macam kat bawah ni
Haa nanti bile dah 2 3 jam nanti doh ni akan keluarkan minyak..Tu tandanye dah boleh start buat karipap
Lets proceed buat karipap pulak bebeh :-
- Ambil sebiji doh yang di bentuk menjadi bola ping pong tu letak atas suatu permukaan yang licin. Mimi guna alas pemotong sayur. Tak mau yang permukaan mengerutu ok.,nanti karipap tak cantik dan proses membuatnya menjadi leceh. Rujuk gambar di bawah.
2. Next korang tekan doh tu dengan jari jemari anda yang halus tu sikit bagi senang korang nak gelek dengan penggelek. Kalau takde penggelek korang tibai la botol sos ke botol budu ke. Tahap ketebalan is depend pada korang. Ada suka tebal ada suka nipis. Tapi kalau yang suka nipis, hati-hati. Jangan terlalu nipis nanti masa nak kelim koyak. Rujuk gambar di bawah.
3. Masukkan sesudu makan inti ke tengah-tengah bahagian. Kalau korang nak letak banyak pun tak kisah, cuma jangan lah sikit sangat nanti penuh angin je.Kalau makan mulut sendiri tak kisah, kalau meniaga please jangan kedekut inti.Kesian!
4. Korang balut la karipap tu, bagi tutup semua inti. Lepas dah balut korang tekan-tekan sikit bagi padat dan kemas bahagian yang lebih tu. Kalau korang perasan akan ada gelembung udara. So teknik nak buang angin tu ialah korang mulai tekan pada bahagian tengah dulu dan disudahi dengan tepi-tepi. Sambil tekan tu curi-curi picit keluarkan sekali angin. Sila rujuk gambar.
5. Tinggalkan space sikit dari tempat yang korang tekan-tekan bagi padat tu..dalam 0.10 cm camtu..nanti senang nak kelim. Lepas tu potong guna pisau. Rujuk gambar
6. Lepas dah siap potong tu korang tekan sikit lagi bahagian lebihan tu bagi cantik sikit. Sila rujuk gambar
7. Lepas dah dapat bentuk macam kat atas ni korang pun kelim lah..Macam mana nak kelim? Nak tunjuk dalam ni susah sikit, korang tengok youtube la. Mimi pun belajar dari situ je. Mimi first time buat karipap kelim pakai tangan Alhamdulillah menjadi! Tengok ni hasil tangan Mimi
8. Ok lepas tu korang letak la atas dulang pembakar, susun cantik-cantik dan bagi jarak ok. Oh ye kalau awak semua nak buat karipap frozen, korang tak boleh terus masuk peti ais nanti karipap melekat antara satu sama lain. So awak semua kena matikan tepung tu dulu. Hah sudah nak kena mati-mati pulak...acaner tuuu.. Ok setengah orang die akan goreng separuh masak, tapi Mimi nak play safe so Mimi bakar guna oven je..Rujuk gambar
9. Gambar kat atas tu dah siap di bakar separuh masak. Mimi bakar selama 13 minit pada suhu 190'. Biarkan karipap tu sejuk dulu baru korang pack-pack dalam bekas/plastik. Then masuk peti ais. Nak makan boleh je goreng bila-bila masa. stock dah ada...yehpiii...
Nak tips macam mana goreng karipap/karipap frozen cantik?
TIPS menyediakan 🥟 frozen :
✅ Karipap frozen boleh bertahan maksimun 3 bulan di simpan dalam freezer.
✅ Defrost 1 jam/30 min awal sebelum mengoreng.
RAHSIA supaya karipap yang digoreng cantik :
☝🏼 Gunakan minyak yg banyak.
☝🏼Pastikan minyak betul² panas.
☝🏼 Setelah minyak panas, tutup api dan biarkan selama 🔟 saat.
☝🏼Selepas10 saat masukkan karipap.
⚠ Hati-hati dengan percikan minyak‼‼‼
☝🏼Buka api sederhana perlahan, balik²kan setiap 15 saat.
☝🏼 Goreng sehingga warna coklat cantik sekata.
✌🏼 Siap untuk dihidang bersama secawan teh, jangan lupe baca doa.
No comments:
Post a Comment