Hi assalamualaikum semua!
Lama sangat dah peram entry yang ni. Aku banyak sangat nak cerita dekat korang ni. Banyak yang perlu diluahkan..heeeee..
Ok let’s begin..
5/7/2020
Hari ni aku monitor yang baby dalam perut tak berapa nak aktif macam kebiasaanya la. Masih cukup pergerakannya cuma kita as a mom kita tahu betapa aktifnya anak kita kan. Tapi aku masih lagi tak buat apa-apa action la sebab pergerakan baby masih cukup.
6/7/2020
Pagi ni macam biasa aku pergi kerja. Dari pagi sehinggalah ke tengahari aku monitor pergerakan baby and again baby sangat jarang bergerak! Rasanya nak boleh 3x kick pun susah nak dapat. Kebiasaanya selang 3min baby akan kick and yes sampai meluncur jugak la kerusi tu. sebabnya perut tu betul-betul sama level dengan meja. Hehehe.. well I am cute little girl..>_<
Dah start rasa risau. Call husband cerita dekat dia then inform dekat boss kena balik nak pergi checkup sebab baby tak aktif. Dah dapat green light semua husband pun datang ambik dengan semua bag-bag baby siap la.
Dalam pukul 1 lebih sampai la dekat Hospital Naluri. Husband buat registration semua and jumpa Dr.Shahiran dulu. Story dekat dr then dr decide suruh naik atas and buat CTG. CTG tu satu alat macam belt tau dia akan pakaikan pada perut kita and kita kena baring dekat 1 hour untuk cek jantung baby dan tahap contraction.
Lepas dah habis masa untuk CTG, nurse akan print report tu dan send dekat dr yang in-charge untuk delivery nanti. So for me is Dr.Shahiran. Selepas tu nurse buat vaginal examination (VE) and dia kata dah ada bukaan 1cm. Terkejut aku masa tu sebab bila dah cakap ada bukaan, otak aku automatically kata ‘’wei aku dah nak beranak!’’ Then aku kena turun bawah balik untuk jumpa dengan dr for consultation.
Masuklah aku ke dalam bilik jumpa Dr.Shahiran and dr suruh aku baring atas katil untuk scan dan VE sekali lagi.huhuhu... Aku paling tak suka VE, kalau dapat yang ok takde la sakit sangat. Tapi kalau dapat yang jenis nak cepat tu yang rasa ngilu.
Masa scan perut tu dr cakap berat baby dah 3.6kg something, besar baby awak dr cakap. Then lepas tu buat VE dr pun cakap dah ada bukaan tapi kepala baby jauh lagi ni. Dr pun bukak file aku then cek print out result CTG tadi. Dia cakap contraction pun dah ada.
So dr pun cakap ‘’Baby awak besar dan saya takut awak tak boleh normal sebab saiz tulang pinggul awak kecil. Kalau diikutkan kepala baby dah kena turun tapi dia tak boleh turun sebab saiz pinggul kecil.’’
Macam mana dia cek saiz pinggul aku kecil tu aku pun tak tahu mana titik ukuran dia. Btw this is not the first time aku dengar orang perubatan bagitahu aku pasal size pinggul aku kecil ni. Before this aku pernah kena tegur jugak hal ni dengan org perubatan yang lain. So that’s mean Dr.Shahiran bukan nak kelentong aku la.
Then Dr.Shahiran cakap lagi, ‘’ikutkan due awak hujung bulan 7 ni around 21th something. Kalau tunggu lagi baby akan makin besar dan memang awak takkan ada chance lagi untuk normal. So kita admit hari ni la and induce untuk bersalin.’’
Kau rasa??? Gugur tak jantung kau bila dengar macam tu??.. hahaha... seriously that time aku memang cuak gila and at the same time happy sebab esok boleh jumpa baby! Selepas berbincang denga husband, kitorang decide untuk admit la sebab aku memang nak sangat beranak normal.
Admit dalam pukul 2 petang lebih dan masa tu memang takde sakit nak beranak apa-apa eh. Mandi solat apa semua bagi settle then lepas tu rest. Dalam pukul 4 lebih nurse datang nak masukkan ubat untuk bukak laluan. Masuk ubat melalui vagina tau. Dia akan masukkan ubat dan hancurkan ubat tu kat dalam vagina.
Pun sama selepas masuk ubat pun aku takde rasa sakit apa-apa. It looks like macam takde effect apa-apa pun ubat tu. Aku pun begitu je lah sampai la ke pukul 9 malam lebih-lebih sikit. Nurse datang lagi nak inject aku. Ohh aku paling takut bab-bab inject ni. Tapi aku tak tahu pun ni inject untuk apa sampai la keesokkannya baru lah aku tahu. Ni cucuk untuk tahan sakit sebenarnya tapi aku tak sakit pun, asal nak kena cucuk? Selepas dah kena cucuk aku pun tak tahu masa mana aku terlelap, serdar-sedar dah keesokannya husband kejut nak solat subuh.
7/7/2020
Paginya tu dalam pukul 8 pagi lebih-lebih sikit nurse datang lagi buat VE. Dia kata dah 3cm ni, so siap-siap untuk duduk bilik pemerhatian pulak. Pasang CTG sekali lagi dan berehatlah di situ selama satu jam.
Habis CTG, nurse cakap contraction awak dah makin tinggi ni tapi aku masih lagi tak rasa apa-apa. Pelik jugak aku, sampai kan aku cakap dalam hati, takde la sakit mana contraction..uhuk..gheee...Masa ni masih belum bertemu buku dengan ruas lagi!
Lama wei aku duduk dalam bilik pemerhatian tu dari pagi sampai la pukul 3 petang lebih!
Ok now it’s a real beginning..
Nurse datang nak masukkan ubat berak melalui lubang bontot. Kejap je proses dia and selang beberapa saat aku dah start rasa nak terberak. Aku cakap la kat husband “rasa nak terberak ni tapi baru je masuk ubat, takkan nak keluar dah kot? Hmm abang pergi la tanya nurse tu jap.’’ Dengan tak banyak cakap husband aku pun pergi la tanya nurse. Nurse kata kalau dah start rasa nak berak tu pergi je dekat tandas, sebab ada setengah orang memang kejap je ubat tu berkesan.
Lalu aku pun pergi la membuang, fuhh lega weii, rasa kosong tangki tu...hehehe..lepas dah siap aku pun balik la semula ke katil aku untuk next step...fuhhhhh..dup dap dup dap..!
Dah pukul 3 petang and tiba-tiba ada someone tarik langsir tempat aku rehat tu. Maka muncullah dua orang nurse datang untuk pecahkan air ketuban. Husband kena duk luar, tak boleh tengok. Uishh lagi la seriau dek non oiii..
Mula-mula dia akan cek VE dulu and still 3cm weh dari pagi sampai 3 ptg! What the heck! Ok fine..nurse kata nak pecahkan ketuban so lepas ni bukaan lagi cepat la..ohh aku nak pengsan dah lepas dengar sebab aku tahu maksud disebalik kata-kata tu ialah “kau ready la untuk berdepan dengan kesakitan beranak yang sebenar”. OMG..
Aku sempat tanya nurse “sakit tak pecahkan ketuban?” Nurse tu jawab “sakit sikit je.” Hah..aku dah start menangis weiiiii..haha haha..malu aku bila flashback...kahkahkah..but seriously I am crying like budak kecil all the process. Ok then nurse tu tengah siap-siap kan tools. Bapak panjang alat yang nak cungkil tu..hujung tu macam kepala jarum/kail mancing tau. Tapi dia diperbuat dari plastic la.Weh gila lah! Lagi kuat aku nangis!
Dia dah nak masuk guys! Aku siap pesan lagi “nurse buat slow-slow ye.” Airmata tak payah cakap la dah banjir. Masa dia masuk tu rasa ngilu sikit je la. Aku memang tabik spring dekat nurse tu sebab dia masukkan dengan penuh berhati-hati. Dia buat seolah-olah dia tengah buat untuk diri sendiri. Thank you nurse for your kindness! <3
Proses tu kejap je dalam beberapa saat je air ketuban dah pecah. Masa dia nak pecahkan tu memang aku dapat rasa mata jarum/kail tu melekt dekat something which is kantung baby la. Aku dapat rasa masa dia sangkutkan mata kail tu and tarik kantung tu sampai pecah. Then habis la basah kain aku. Air ketuban rasa panas je, macam air kencing. Dah selesai satu part yang menyakitkan bagi aku. Aku pun dibiarkan rehat sampai la pukul 6 lebih. Ni aku tolak tepi bab makan solat semua ye. Kan panjang lagi entry ni kalau nak aku cerita semua benda aku buat setiap saat.
Dalam pukul 6 petang lebih aku dah kena di tolak masuk labour room. Wow masa ni aku dah rasa ‘weh aku dah nak beranak’ gembira takut semua ada. Oh ya masa ni aku dah start rasa sakit contraction tapi boleh relax dan tersenyum manis lagi..hehehe..and yes my lovely husband boleh masuk..yipee.sebab aku beranak time MCO 1.0 memang kalau government tak boleh masuk tambah-tambah lagi musim covid. Alhamdulillah aku beranak dekat naluri. A big thanks to my hero sebab dia yang bertegas suruh beranak swasta untuk menjaga aurat bini dia!
Masuk dalam labour room kena pakai CTG dekat belt untuk cek jantung baby dan contraction. Lepas tu nurse datang buat VE masih 3cm woiii.. dah pukul 6ptg ni weii! Nurse dah start nampak risau dan aku lagi la. Nurse pun report dekat Dr.Shahiran dan diorama decide masukkan drip yang air tu dekat tangan. Nurse tu cakap drip yang ni akan buat contraction makin kuat. Gulp., Telan liur aku dengar..
Tak sampi 30 min drip tu masuk dalam badan aku dah start rasa sakit...fuhhh sakit dia cukup membuatkan aku rasa insaf, habis semua dosa lalu aku flashback and mintak ampun masa tu jugak. Sebab aku jadi automatic pikir aku mati ke wei jap lagi? Macam kelakar but yes this is what actually happened to me back then during the process! Soal lepas ni taubat taknak beranak dah tu memang wajib la ada..hehehe..
Sakit contraction tu macam mana? Hmm macam mana nak explain ye....................actually it’s rasa macam kau nak terberak sangat-sangat tapi kau terpaksa tahan sehingga kau rasa senak sangat-sangat sampai ke hati. It’s also rasa macam pernah tak masak kau tengah period kan..kau tengah berjalan-jalan then one moment dia datang rasa sakit senak yang amat sehingga kau terpaksa kena stop berjalan dan kepit kaki sikit. Yes exactly, sebab dulu aku pernah kena masa balik sekolah. But this time sakit tu 4x ganda lagi sakit sebab aku sampai genggam besi katil tu macam nak patah.
Contraction makin kuat sampai aku dah meraung-raung duk sebut sakit..sakit..sakit..husband kat tepi duk pegang tangan cakap suruh sabar sambil baca-baca dekat aku. Nurse 2 3 kali datang tanya nak epidural ke tak. Aku sebenarnya bukan taknak, aku kalau boleh nak sangat. Yang menyebabkan kenapa aku tak ambik ialah memang epidural akan buat aku tak rasa sakit contraction tapi ianya tak membantu dalam bukaan jalan. Sebab aku duk tang tu je 3cm dari pagi sampai malam!
Disebabkan aku tolak untuk ambik epidural so nurse terpaksa report dekat dr. Dr pun suruh stop drip air tu, sebab dia takut akan over contraction tapi bukaan xde progress. Then dr bagi advice yg dia tak nampak yang aku boleh normal. Actually it’s from beginning lagi tapi dia kesian dekat aku so di bagi chance la. So dr suruh aku bincang dengan husband untuk tunggu or czer. Tapi kalau tunggu ada risiko, sebab air ketuban dah pecah kita takut baby lemas.
Jam pukul 9 malam lebih. Lepas puas husband memujuk aku untuk go for czer. Then we both setuju je la sebab itu je jalan yang kami nampak. Taknak tunggu lama lagi takut baby pulak ada problem. Once dah inform dekat nurse, datang la beberapa minit kemudian nurse untuk masukkan tiub kencing. Sakit ke tak?? Sakit giler! Lagi sakit dari pecahkan air ketuban! Huhuhu..takde satu pun proses nak bersalin tu yang tak sakit...
Lepas dah pakai tiub kencing aku kena naik wheelchair nak kena pergi bilik bedah. Nak turun katil and wheelchair memang real struggle sebab tengah sakit contrction yang sakit gila! Walaupun husband and nurse tolong pun susah apatah lagi bila kau kena handle semua tu sendiri?! Aku salute gila dekat korang yang beranak sorang-sorang tanpa husband disisi!!!!
Dah sampai dalam bilik bedah, baru aku tahu husband tak bole masuk. What the heck?! Oh no..oh no..oh no no no.... drama menangis lagi meraung-raung cakap dekat nurse and dr bius “nak husband masuk..mana husband saya? Nak husband!” Yes begitula dialog kebudak-budakan aku. Aku dah tak kisah diorang nak cakap apa!
Sementara tu nurse dekat situ tolong aku untuk bangun dari wheelchair and baring pulak atas katil operate tu. fuhh struggle wei nak melangkah dengan tiub kencing nya, sakit contraction yang selang beberapa saat datang balik, lepas tu nak naik ke katil tu kena panjat tangga sikit sebab aku tak cukup inci (pendek) hehehe..
Ok lepas tu aku kena duduk tegak untuk cucuk bius kat tulang belakang tu...ohh aku memang takut gila masa ni..dengan mulut sibuk duk “nak husband..nak husband”, ada seorang nurse sabah datang depan aku bagi kata-kata semangat dan aku apa lagi..terus ngap terkam peluk la...hahaha...nurse tu terkejut tapi merelakan je la...hahaha..padan muka sama suruh tak bagi laki aku masuk! Kahkah..
Lama jugak la aku peluk nurse tu, sebab nak cucuk bius tu take time sikit masa tu..nurse tu banyak kali jugak cuba melepaskan diri sebab dia kena buat preparation tools kan tapi last-last dia redha je kena peluk sampai la habis proses bius.
Sakit tak kena cucuk dekat tulang belakang tu? Sangat sakit! Aku dapat rasa muncung jarum tu kena kulit dan the bus ke dalam tulang aku. Aku dapat rasa bila Dr.Aini slow-slow picitkan ubat masuk dalam tulang belakang sehinggalah rasa bendalir keluar dari tulang belakang aku! Tapi aku tak sure bendalir tu apa, maybe ubat bius tu or air tulang belakang aku. Dah siap bius Dr.Aini cepat-cepat suruh aku baring sebelum aku kebas. Selang beberapa saat separuh badan aku dah tak terasa.
Lepas dah kena bius tu Dr.Aini masukkan ubat dekat tangan aku pulak. Aku tak ingat tu ubat apa tapi yang penting ianya banyak gila dan sangat sakit!!!!! Lagi sakit dari yang inject dekat tulang belakang...eeee sabar je laaa..
Lepas pada tu Dr.Shahiran dah masuk. Lepas tu muncullah wajah yang dinanti-nantikan..my beloved husband dapat masuk! Dia terus pergi dekat bahagian kepala belah kanan sambil pegang tangan kanan aku. Thank you nurse and doctor!!! Love u all.
Aku rasa macam ada orang goyang-goyang perut aku. Aku ingatkan diorang tengah tepuk-tepuk perut ke apa. Lepas tu aku pun tengok la ke atas kan ada lampu tu. jadi aku boleh nampak apa yg berlaku tu, bukan la nampak sepenuhnya. Tapi aku nampak yang dah ada darah so aku tahu yang perut aku dah terbelah! So cepat Dr.Shahiran punya kerja. Kejap lepas tu tepat pukul 9.40PM lahir lah zuriat pertama aku. Dr pun tunjuk la baby dekat aku. Aku nampak sipi je, muka tak nampak pun apatah lagi nak kira kaki tangan jadi semua cukup or x. Memang tak sempat! Sekilas je dia bagi tengok.
Aku memang tak tahu apa-apa sebab memang dah sedar tak sedar je. Selang beberapa minit husband aku hilang, nurse dah siap-siap nak tolak aku masuk bilik untuk monitor. Bukan masuk ward lagi ye. Lepas pada tu muncullah laki aku dan dia duduk sebelah aku. Dia cium dahi dan tangan aku. Dia cakap baby kita dah selamat semua. Dia suruh aku rehat dulu. Aku just mampu angguk, cakap pun tak larat dah. So aku pun tertidur.
Selepas czer tu kena puasa 7jam. Lepas 7jam nurse datang bagi air dekat aku..lega sangat hilang haus.
8/7/2020
Pukul 6.00 pagi macam tu nurse datang untuk lap-lap badan aku. Tak lama lepas tu husband datang tengok aku. Masa ni dia tunjuk video baby kami. Ya Allah comel sangat! Dalam pukul 7 pagi aku dah boleh masuk ward. Masa dalam ward baby di jaga dekat nursery sebab aku memang tak larat nak handle baby lagi. Cumanya malam dalam pukul 8 lebih nurse bawak baby jumpa aku kejap.
Dapat dukung anak sendiri memang nikmat sangat... sungguh indah! Kejap je aku main dengan anak lepas tu kena hantar dekat nursery balik. 3 hari aku dekat hospital. First step selepas czer? Sangat sakit dan susah nak berjalan wei. Laki aku tolong papah nak ke toilet. Memang azab la masa tu.
9/7/2020
Aku dah boleh discharge..yeayyy...balik pun dah lewat dekat-dekat maghrib jugak sampai rumah. Yang ni aku cepatkan sikit la ye. Perasaan tentang dapat baby tau aku skip la. Senang je jaga anak aku ni, senang tido.
10/7/2020
Macam biasa dah lepas beranak kena pergi checkup jaundice baby dekat kk. Haaa ada drama hebat jugak berlaku dekat kk ni tapi next entry aku cite..ahahaha..bad news is dr suruh admit hospital sebab kuning tinggi. Haiii baru je balik dah kena pergi balik. Kitorang pun admit dekat HKL.
Pun ada drama jugak..yg kk suruh admit yg HKL kata tak payah..I shh stress aku..last-last kena sound dengan husband baru la dia cek darah anak and baru la boleh masuk ward. Sepanjang dalam ward pun ada drama jugak sebab aku beranak dekat swasta and czer. Doctor-doctor jadi macam nak tahu kenapa aku czer. Eh hello bukan aku mintak nak czer ok! Berkali-kali lah aku kena explain dekat dr yg dtg menanya.
Tak cukup tanya aku dia pergi tanya laki aku pulak. “Kenapa nak beranak dekat swasta ye? Kerajaan pun ok serves dia.” Cakap doctor perempuan tu. lepas tu laki aku pun jawab, simple je “saya nak jaga aurat isteri saya.” Lepas tu dr tu cakap lagi encik boleh request nak dr perempuan. Laki aku pun cakap “saya dah pernah tanya, tapi is hanya boleh jika Watkins tu ada dr perempuan yg free bertugas je dan masa VE nurse lelaki pun akan ada chances untuk buat kan?” Terus terdiam dr tu and end conversation.
Actually main reason beranak swasta bukan sebab kata tapi husband nak berikan yang terbaik je. Selagi kita boleh usaha cari dr perempuan kita cari la. Nanti dia yang kena tanya dekat allah nanti. Ok full stop untuk bab swasta ke kerajaan ni!
Aku dekat dalam ward tu semalaman je, esok ptg dah boleh balik. Tapi nak diceritakan sebab katil aku punya tinggi dan aku memang takut nak panjat-panjat sebab sakit. So aku decide untuk tak tidur malam tu. katil aku bersih aku tak guna pun. Sampai orang sebelah aku offer katil dia untuk bagi aku rest. Sebab katil dia pendek senang turun naik.
Bayangkan aku dah berjalan macam nenek bongkok wei dalam ward tu duk tahan sakit czer. Aku ambil kerusi plastic tu letak dekat sebelah anak aku, jaga lah sampai ke pagi. Berjalan semalamam tapi worthy sebab kan tu kuning anak aku turun. Aku jaga betul -betul, bagi suruh selang 15min and pusing-pusing kan badan baby bagi kena lampu tu.
Petang tu dapat la balik rumah. Ok lah penat dah type ni.. sampai jumpa..hehehe..sorry tinggalkan korang dengan ending entah pape je...
Next baby InsyaAllah akan bersalin dekat Naluri lagi.
Bye-bye.
No comments:
Post a Comment