''Salam kasih siapakah yang singgah mengusik di sanubari ini? "

Monday, 13 May 2019

CARA BUAT KARIPAP KENTANG MARVELOUS TANPA ACUAN

Assalamualaikum kawan-kawan.. Hari ni Mimi nak share satu resepi kuih tradisional yang menjadi kegemaran semua orang sehinggalah ke abad ini.. dan Mimi percaya ianya akan terus menerus menjadi kegemaran umat manusia sepanjang zaman! ehehe..yakin je kau weii..

Mimi dah berjaya buat karipap ni selepas 2x percubaan. Percubaan pertama totally fail, buang terus doh tu.. rugi weii dah la buat 1 kg tepung.. itu la dah tahu beginner tahu angkuh nak buat banyak terus! aduhh kena setepek...Asbab kenapa fail bile dah siap jadi doh terus buat. Cannot ye..mesti tunggu beberapa jam.. Alhamdulillah percubaan kedua menjadi..dan outcome die sangat memuaskan hati..Cik somi puji kata sedap,mak sedara kata sedap, cuma mak sedara Mimi tu die suruh inti tu bagi lembik lagi..Yang part ni Mimi susah sikit. Sebab sesetengah orang die suka bile die ngap karipap, inti kentang tu masih berbiji-biji. erkk..korang paham tak? Kalau korang tak faham means korang ni bukan penggemar karipap..huahahaha...

Ok lah malas nak melalut banyak-banyak.. nah ini resepi die ok..


Bahan inti:-

  1. 6 biji kentang sederhana besar - dikupas dan di rebus separuh masak
  2. 4 sudu serbuk kari -  dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  3. 1 tangkai daun kari
  4. 1/2 cawan ikan bilis -  diblend
  5. 2 biji bawang besar - diblend
  6. 3 ulas bawang putih - diblend

Cara buat inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend sehingga hampir garing.
  2. Masukkan daun kari.
  3. Masukkan serbuk pes kari
  4. tumis sampai pecah minyak
  5. masukkan kentang
  6. masukkan sedikit air dan lenyekkan kentang sampai tahap korang suka.
  7. Masukkan garam,dan gula sampai kena dengan citarasa anda.
  8. Masak sampai air inti kering.
  9. Biarkan sejuk. Biasa Mimi akan masak inti sehari sebelum membuat karipap.
  10. Dah sejuk boleh start buat karipap.

Bahan:-

  1. Tepung gandum 500g
  2. minyak 1 cawan - dipanaskan sampai betul2 panas
  3. Marjerin - 2 sudu makan - dipanaskan sekali dengan minyak
  4. 1/2 sudu teh garam - dipanaskan dan dikacau bersama minyak (xlarut sikit-sikit tu kira halal la)
Cara- Cara buat doh:-
  1. Korang masukkan minyak dalam kuali dan panaskan sampai keluar gelembung-gelembung udara yang kecil comel. Tak tau macam mana nak tengok?? Haa kau tunggu la sampai kuali kau berasap.settle!
  2. Masukkan marjerin dan garam. Kacau.
  3. Tunggu 1 minit tutup api.
  4. Masukkan tepung ke dalam bekas. Mimi prefer bekas besi ok. Kalau nak jugak guna plastik, kalau bekas tu mencair I tak tolong ok.
  5. Masukkan minyak yg panas tadi ke dalam tepung.
  6. Guna senduk atau ape-ape je untuk sebatikan adunan. Kalau tangan kebal boleh gaul pakai tangan.
  7. Gaul sampai terhasilnya serbuk roti. Gaul sampai rata.
  8. Masukkan air sikit demi sedikit dan gaul lagi sampai la adunan tadi dah tek melekat di tangan kome dan jugak bekas.
  9. Selagi die melekat korang kena uli lagi.
  10. Bila dah tak melekat korang tumbuk-tumbuk sikit doh tu dengan buku lima korang, Mimi biasa suruh Cik somi sebab buku lima die besar..hehe
  11. Dah tumbuk dalam 5 min camtu korang kasi bulat-bulatkan macam bola ping pong.
  12. Dah siap semua doh tu dijadikan bola ping pong, korang kasi die rest dalam beberapa jam. Biasa Mimi buat doh ni pagi dalam pkul 10 camtu so lepas zohor boleh proceed buat karipap.
  13. Contoh doh yang dah jadi bola ping pong yang direhatkan macam kat bawah ni
    Haa nanti bile dah 2 3 jam nanti doh ni akan keluarkan minyak..Tu tandanye dah boleh start buat karipap

Lets proceed buat karipap pulak bebeh :-
  1. Ambil sebiji doh yang di bentuk menjadi bola ping pong tu letak atas suatu permukaan yang licin. Mimi guna alas pemotong sayur. Tak mau yang permukaan mengerutu ok.,nanti karipap tak cantik dan proses membuatnya menjadi leceh. Rujuk gambar di bawah.

2. Next korang tekan doh tu dengan jari jemari anda yang halus tu sikit bagi senang korang nak gelek dengan penggelek. Kalau takde penggelek korang tibai la botol sos ke botol budu ke. Tahap ketebalan is depend pada korang. Ada suka tebal ada suka nipis. Tapi kalau yang suka nipis, hati-hati. Jangan terlalu nipis nanti masa nak kelim koyak. Rujuk gambar di bawah.


 3. Masukkan sesudu makan inti ke tengah-tengah bahagian. Kalau korang nak letak banyak pun tak kisah, cuma jangan lah sikit sangat nanti penuh angin je.Kalau makan mulut sendiri tak kisah, kalau meniaga please jangan kedekut inti.Kesian!


4.  Korang balut la karipap tu, bagi tutup semua inti. Lepas dah balut korang tekan-tekan sikit bagi padat dan kemas bahagian yang lebih tu. Kalau korang perasan akan ada gelembung udara. So teknik nak buang angin tu ialah korang mulai tekan pada bahagian tengah dulu dan disudahi dengan tepi-tepi. Sambil tekan tu curi-curi picit keluarkan sekali angin. Sila rujuk gambar.


5. Tinggalkan space sikit dari tempat yang korang tekan-tekan bagi padat tu..dalam 0.10 cm camtu..nanti senang nak kelim. Lepas tu potong guna pisau. Rujuk gambar


6. Lepas dah siap potong tu korang tekan sikit lagi bahagian lebihan tu bagi cantik sikit. Sila rujuk gambar


7. Lepas dah dapat bentuk macam kat atas ni korang pun kelim lah..Macam mana nak kelim? Nak tunjuk dalam ni susah sikit, korang tengok youtube la. Mimi pun belajar dari situ je. Mimi first time buat karipap kelim pakai tangan Alhamdulillah menjadi! Tengok ni hasil tangan Mimi


8. Ok lepas tu korang letak la atas dulang pembakar, susun cantik-cantik dan bagi jarak ok. Oh ye kalau awak semua nak buat karipap frozen, korang tak boleh terus masuk peti ais nanti karipap melekat antara satu sama lain. So awak semua kena matikan tepung tu dulu.  Hah sudah nak kena mati-mati pulak...acaner tuuu.. Ok setengah orang die akan goreng separuh masak, tapi Mimi nak play safe so Mimi bakar guna oven je..Rujuk gambar



9. Gambar kat atas tu dah siap di bakar separuh masak. Mimi bakar selama 13 minit pada suhu 190'. Biarkan karipap tu sejuk dulu baru korang pack-pack dalam bekas/plastik. Then masuk peti ais. Nak makan boleh je goreng bila-bila masa. stock dah ada...yehpiii...


Nak tips macam mana goreng karipap/karipap frozen cantik?



TIPS menyediakan 🥟 frozen :

✅ Karipap frozen boleh bertahan maksimun 3 bulan di simpan dalam freezer.
✅ Defrost 1 jam/30 min awal sebelum mengoreng.

RAHSIA supaya karipap yang digoreng cantik :


☝🏼 Gunakan minyak yg banyak.

☝🏼Pastikan minyak betul² panas.

☝🏼 Setelah minyak panas, tutup api dan biarkan selama 🔟 saat.

☝🏼Selepas10 saat masukkan karipap.

⚠ Hati-hati dengan percikan minyak‼‼‼

☝🏼Buka api sederhana perlahan, balik²kan setiap 15 saat.

☝🏼 Goreng sehingga warna coklat cantik sekata.



✌🏼 Siap untuk dihidang bersama secawan teh,  jangan lupe baca doa.

Thursday, 9 May 2019

KEGUGURAN ANAK PERTAMA

Assalamualaikum kawan-kawan.
Hari ni mimi nak share cerita pasal keguguran. Hari ni main focus is untuk orang yang dah berkahwin je la. Yang tak kahwin tu g main jauh-jauh..syuh..syuh..
eehh takde lah meh la bace ,.one day awak-awak akan kahwin jugak..treat this as a knowledge ok..

Untuk pengetahuan korang mimi kahwin pada 25/11/2018 ye.. Mimi punye period sangat ok dan teratur. Mimi memang ada satu period trackers app dalam henfon. So senang period je bukak apps tu dan tekan tarikh. Dah habis period pun same bukak apps tu tekan tarikh. So next period die akan bagitau bile. Dan mimi punyer period memang sangat tepat seperti mana apps tu predict. Thats mean mimi punyer period is normal., no problem.

So nak di jadikan cerita, mimi pun meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri la selepas dari 25/11/2018 tu. Then bile dah kahwin of course la tarikh next period adalah sesuatu perkara yang sangat mendebarkan. yelaa duk pikir die datang ke tak..hopefully xdatang.. tapi last-last bocor jugakkkk weeeiii..FRUST.. kite pun cakap la kat diri ni..xpe Allah bagi peluang untuk kau enjoy lagi...rilex la awal lagi...pujuk hati wehhh biarpun hakikatnyer kau frust gila!

So next and the next next month pn period jugak..Haishh stress! sumpah memang tak tipu.,perasaan tu akan muncul dengan sendirinya, walaupun korang tak undang die datang,.Mula la pikir bukan-bukan. Syaitan kan..jahat betoll.!!buat kite buruk sangka pada diri sendiri..

Selepas itu pada bulan March 2019 tibe-tibe..,jeng jeng jeng...haaa ni yang suka ni..tibe-tibe tarikh sepatotnye period, tapi tak period2..Haihh apelagi senyum sampai ke telinga laaa...pastu pegang perut sambil cakap ada baby ke dalam perut ni...kembang kempis hidung weiii...

Tapi mimi tak bagitau husband lagi mase ni..sebab takut kan..sebab last month mimi pernah kena gak..hari sepatutnyer period die tak mai...dia mai waktu malam time kita dah tido...itu memang geramm. So tunggu pulak esok..die tak mai jugak..bertambah-tambah lebar mimi senyum. Tapi still sabar tak mau kecoh-kecoh. Tunggu lagi esoknyer, die tak mai jugak. So mimi decide la beli upt waktu lucnh, keluar jap. So singgah la kat klinik beli satu yang rm10.00. Sampai je ofis terus masuk toilet cek. Cek-cek satu line. Mase ni rase down sangat, "kalau tak pregnant apesal tak period. Aku ni tiap-tiap bulan tak pernah lewat period!" ni apa mimi cakap dalam hati. satu lagi kesilapan mimi mase ni ialah time mimi cek ni..,ad satu hamba Allah ni die pergi off lampu tandas, so tak nampak jelas la..Mane la tahu line yang kedua tu kabur ke sebab kandungan baru lagi kan. Sebab dah frust kan nampak satu line..terus mimi buang ,takde nak tengok kali kedua kat tempat terang.

Esoknya pun tak period jugak. Pastu ape lagi  mengoogle la, terjah semua blog yang share pasal topik upt negatif tapi pregnant. Tiba-tiba ternampak ada orang share pasal upt jenama clear blue. Orang kate result die tepat. So gigih kirim kat kawan ofis belikan. Dan baca lagi orang kata test time first bangun pagi.,korang nak solat subuh tu. Haa time tu la. Mimi pun celup la urine pastu tutup cap die dan letak mendatar atas tempat berus gigi. Mimi tak tengok awal-awal.,sebab takut nak tengok.. sumpah takut..bukan takut apa.,Mimi taknak kecewa lagi..sedih weii.. So sementara tu Mimi pun mandi la. Dalam 3 minit macam tu baru g intai. Sekali Mimi tengok dua line. Tapi satu tu kabur. Jadi perasaan berbelah bagi. Pregnant ke tak ni?

Pastu baca dekat paper instruction tu die ada cakap tak kisah la line yang kedua tu jelas atau samar-samar. Its consider you are pregnant! Yang meyebabkan ia samar sebab badan kite tak banyak lagi produce hormon HCG. Mimi pun bagitau la cik somi, happy dia. terus die tak boleh tido selepas tu.

Sebelum mimi test upt ni memang nenek mimi pernah tegur mase jumpe baru-baru tu. Dia kate macam dah ada isi ni. Mimi menidakkan la. Dan mimi perasan jugak semenjak dua menjak tu mimi tak boleh bau rempah-rampah ratus. Rase mual nak muntah dan ada ketika mimi masak gulai tempoyak mimi rase gulai tu pahit bila cik somi rase tak pahit pula.

Selepas tu pada 04/04 Mimi cuti sebab nak kena teman papa pergi hospital untuk follow up doktor. Balik dari hospital dalam pukul 12 tengahari macam tu. So nak tukar baju la, sebab panas kan. Sekali bukak ad darah. Ahhh sudahhh..,perasaan takut + sedih semua ada. Terus call cik comi suruh balik kate bleeding. Masa tu mimi kat rumah ibu , mimi tak tahu nak buat apa taw. tak tahu nak bagitau ibu or tak. Last-last bagitau ibu. Ibu pun kate maybe itu period tak mengandung pon. Lagi la down wehhh... Dalam satu jam lepas tu laki pon balik., bawak pergi klinik ibu dan bayi. Jumpa doktor tu banyak cik somi la duk pum pang pum pang dengan doktor tu. Mimi senyap je, sebab dah serabut, sedih.

Doktor pun suruh buat upt sekali lagi, so mimi pun ikut la. Lepas tu doktor pun tunjuk upt tu. Memang dua line. Cume yang satu tu kabur, tapi kali ni kabur die lagi terang dari yang mimi guna clear blue tu.Doktor tu kate mimi memang pregnant, ada nyawa lain dalam perut mimi ni. So doktor advice kalau bleeding banyak lagi selepas ni terus pergi hospital.

Lepas isyak tu perut dah start sakit. Sakit tersangat-sangat dan darah makin banyak keluar. Mimi dah start nangis, sebab mimi tahu kalau bleeding kuat sangat memang takde harapan baby tu. Cik somi la banyak bagi semangat. Ok lah sampai situ je la cerita ye..sedih la pulak.,.Doakan mimi dapat mengandung lagi ye kawan-kawan.






Wednesday, 8 May 2019

Telur Masin Bajet

Assalamualaikum korang.. bertemu kembali kita selepas satu tahun..hahaha... maafkan lah diri ini ye... banyak bende nak share dekat blog ni..tapi itu lah..masa sangat mencemburui mimi... die tak bagi berbloging ni...acehh ayattt... Apa yang baru tentang mimi pada penulisan kali ni ialah..., mimi dah tukar status jadi BINI ORANG...haaa melepas la semua jejaka-jejaka nak buat mimi jadi permaisuri hati tu...(ambooii perasann benoo)...

Ok lah malas nak melalut panjang-panjang..nanti hampa meluat nak singgah blog aden... ok anak-anak...,today is mommy nak share cara-cara nak buat telur masin bajet.... minta semua anak-anak fokus ye... sape tak fokus mommy baling telur sebiji atas dahi...k..k..gurau jeeee...

cara die mudah je...sangat senang..tapi kalau salah teknik alamatnyer buang ke tong sampah la ye sayang-sayang..Makcik mimi pernah buat telur masin ni tapi xjadi..rugi sangat ,dah la mase tu die buat banyak dan guna telur itik weii...! Mahai tuu...

Dah nama pun telur masin bajet kan..so kite pakai telur ayam sebagai ganti ok...untuk beginner mimi cadangkan buat je dlm 5 biji gitu..jangan banyak2 takut xmenjadi xde lah rase rugi gitu...Bile dah pro upgrade kan kuantiti..ok?


                                                               Image result for telur ayam masin


Bahan-bahan:-
- Telur ayam 5 biji
-Garam kasar 1 cawan
-Air
-Botol kuih raya/ape2 botol yang boleh muat 5 biji telur tu

Cara-cara:-
-Masukkan air ke dalam kuali/periuk/seangkatannyer.
-Masukkan garam tadi.
-Kacau sampai garam larut.
-Biarkan air garam tu sejuk(Mimi biarkan air garam tu semalaman, sebab buatnyer malam .P/S;malas nak tunggu sejuk sebenarnye..ngantok)
-Isikan semua telur dalam botol kosong dan isi air garam tadi sampai penuh.
-Ini part paling penting. Simpan botol tersebut di TEMPAT GELAP. (mimi letak dalam kotak yg tak guna je) ini untuk bagi kuning telur tu cantik..kalau x nnti colour kuning die pudar!
-Periksa telur setiap 3 hari.
-Pastikan telur xpecah ok.Kalau pecah maksudnye tamatlah sudah riwayatnyer.
-Peram ditempat gelap selama 14 hari, lepas tu ambik sebiji try rebus dan makan.
-Rasa macam telur masin x?? Kalau rase mcm makan telur masin thats mean awak berjaya sayang-sayang. You did it..! omg..woohooo..
-Boleh buang air garam tu,basuh telur dan isi balik botol dengan air paip biasa.
-simpan dalam peti ais, tukar air setiap 3 hari.
-Nak masak boleh keluarkan macam biasa.

Mostly yang buat tak jadi ni rata-rata sebab:-
*Larutkan air garam guna air paip biasa/air sejuk - Korang WAJIB panaskan air tu ok.
*Taknak simpan telur di tempat yang gelap. - Cannot-cannot, jangan degil please.. untuk telur masin jangan derhaka k..buat je.


Mimi doakan semoga maju jaya ye semua...