''Salam kasih siapakah yang singgah mengusik di sanubari ini? "

Thursday, 9 May 2019

KEGUGURAN ANAK PERTAMA

Assalamualaikum kawan-kawan.
Hari ni mimi nak share cerita pasal keguguran. Hari ni main focus is untuk orang yang dah berkahwin je la. Yang tak kahwin tu g main jauh-jauh..syuh..syuh..
eehh takde lah meh la bace ,.one day awak-awak akan kahwin jugak..treat this as a knowledge ok..

Untuk pengetahuan korang mimi kahwin pada 25/11/2018 ye.. Mimi punye period sangat ok dan teratur. Mimi memang ada satu period trackers app dalam henfon. So senang period je bukak apps tu dan tekan tarikh. Dah habis period pun same bukak apps tu tekan tarikh. So next period die akan bagitau bile. Dan mimi punyer period memang sangat tepat seperti mana apps tu predict. Thats mean mimi punyer period is normal., no problem.

So nak di jadikan cerita, mimi pun meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri la selepas dari 25/11/2018 tu. Then bile dah kahwin of course la tarikh next period adalah sesuatu perkara yang sangat mendebarkan. yelaa duk pikir die datang ke tak..hopefully xdatang.. tapi last-last bocor jugakkkk weeeiii..FRUST.. kite pun cakap la kat diri ni..xpe Allah bagi peluang untuk kau enjoy lagi...rilex la awal lagi...pujuk hati wehhh biarpun hakikatnyer kau frust gila!

So next and the next next month pn period jugak..Haishh stress! sumpah memang tak tipu.,perasaan tu akan muncul dengan sendirinya, walaupun korang tak undang die datang,.Mula la pikir bukan-bukan. Syaitan kan..jahat betoll.!!buat kite buruk sangka pada diri sendiri..

Selepas itu pada bulan March 2019 tibe-tibe..,jeng jeng jeng...haaa ni yang suka ni..tibe-tibe tarikh sepatotnye period, tapi tak period2..Haihh apelagi senyum sampai ke telinga laaa...pastu pegang perut sambil cakap ada baby ke dalam perut ni...kembang kempis hidung weiii...

Tapi mimi tak bagitau husband lagi mase ni..sebab takut kan..sebab last month mimi pernah kena gak..hari sepatutnyer period die tak mai...dia mai waktu malam time kita dah tido...itu memang geramm. So tunggu pulak esok..die tak mai jugak..bertambah-tambah lebar mimi senyum. Tapi still sabar tak mau kecoh-kecoh. Tunggu lagi esoknyer, die tak mai jugak. So mimi decide la beli upt waktu lucnh, keluar jap. So singgah la kat klinik beli satu yang rm10.00. Sampai je ofis terus masuk toilet cek. Cek-cek satu line. Mase ni rase down sangat, "kalau tak pregnant apesal tak period. Aku ni tiap-tiap bulan tak pernah lewat period!" ni apa mimi cakap dalam hati. satu lagi kesilapan mimi mase ni ialah time mimi cek ni..,ad satu hamba Allah ni die pergi off lampu tandas, so tak nampak jelas la..Mane la tahu line yang kedua tu kabur ke sebab kandungan baru lagi kan. Sebab dah frust kan nampak satu line..terus mimi buang ,takde nak tengok kali kedua kat tempat terang.

Esoknya pun tak period jugak. Pastu ape lagi  mengoogle la, terjah semua blog yang share pasal topik upt negatif tapi pregnant. Tiba-tiba ternampak ada orang share pasal upt jenama clear blue. Orang kate result die tepat. So gigih kirim kat kawan ofis belikan. Dan baca lagi orang kata test time first bangun pagi.,korang nak solat subuh tu. Haa time tu la. Mimi pun celup la urine pastu tutup cap die dan letak mendatar atas tempat berus gigi. Mimi tak tengok awal-awal.,sebab takut nak tengok.. sumpah takut..bukan takut apa.,Mimi taknak kecewa lagi..sedih weii.. So sementara tu Mimi pun mandi la. Dalam 3 minit macam tu baru g intai. Sekali Mimi tengok dua line. Tapi satu tu kabur. Jadi perasaan berbelah bagi. Pregnant ke tak ni?

Pastu baca dekat paper instruction tu die ada cakap tak kisah la line yang kedua tu jelas atau samar-samar. Its consider you are pregnant! Yang meyebabkan ia samar sebab badan kite tak banyak lagi produce hormon HCG. Mimi pun bagitau la cik somi, happy dia. terus die tak boleh tido selepas tu.

Sebelum mimi test upt ni memang nenek mimi pernah tegur mase jumpe baru-baru tu. Dia kate macam dah ada isi ni. Mimi menidakkan la. Dan mimi perasan jugak semenjak dua menjak tu mimi tak boleh bau rempah-rampah ratus. Rase mual nak muntah dan ada ketika mimi masak gulai tempoyak mimi rase gulai tu pahit bila cik somi rase tak pahit pula.

Selepas tu pada 04/04 Mimi cuti sebab nak kena teman papa pergi hospital untuk follow up doktor. Balik dari hospital dalam pukul 12 tengahari macam tu. So nak tukar baju la, sebab panas kan. Sekali bukak ad darah. Ahhh sudahhh..,perasaan takut + sedih semua ada. Terus call cik comi suruh balik kate bleeding. Masa tu mimi kat rumah ibu , mimi tak tahu nak buat apa taw. tak tahu nak bagitau ibu or tak. Last-last bagitau ibu. Ibu pun kate maybe itu period tak mengandung pon. Lagi la down wehhh... Dalam satu jam lepas tu laki pon balik., bawak pergi klinik ibu dan bayi. Jumpa doktor tu banyak cik somi la duk pum pang pum pang dengan doktor tu. Mimi senyap je, sebab dah serabut, sedih.

Doktor pun suruh buat upt sekali lagi, so mimi pun ikut la. Lepas tu doktor pun tunjuk upt tu. Memang dua line. Cume yang satu tu kabur, tapi kali ni kabur die lagi terang dari yang mimi guna clear blue tu.Doktor tu kate mimi memang pregnant, ada nyawa lain dalam perut mimi ni. So doktor advice kalau bleeding banyak lagi selepas ni terus pergi hospital.

Lepas isyak tu perut dah start sakit. Sakit tersangat-sangat dan darah makin banyak keluar. Mimi dah start nangis, sebab mimi tahu kalau bleeding kuat sangat memang takde harapan baby tu. Cik somi la banyak bagi semangat. Ok lah sampai situ je la cerita ye..sedih la pulak.,.Doakan mimi dapat mengandung lagi ye kawan-kawan.






No comments:

Post a Comment